« BiLa kitA meng'PhD'kan Ilmu KiTa | Main | Pengalaman Berharga Explorasi Sungai Muda »

Suasana kampus UUM perlu berubah...

Pihak pentadbiran UUM selalu katakan mahasiswa kita lemah, tak aktif, kurang bermaya dan tidak mampu menjana pemikiran yang baik. tidak dapat meneladani masyarakat di luar sana. Persoalannya pernahkah kajian atau survey dibuat kenapa mahasiswa kita jadi begitu.

Baru-baru ni saya terlibat dengan perbincangan dengan beberapa rakan 'baru' di kolej YAB. walaupun kami hanya berkenalan dalam masa 1jam setengah. Idea yang diberikan cukup mengagumkan.Cukup 50 orang sebegini, akan saya kembalikan idealisme mahasiswa di kampus.

Idea seperti sekitar DKG kita perlu dipenuhkan dengan bahan media yang bersifat antarabangsa menarik perhatian saya. Dalam ucapan Dato' Dr. Nordin Kardi baru-baru ni di majlis amanat bersama staf, beliau menyentuh internationalization. pada hemat penulis, sebelum kita menjurus ke arah pengatarabangsaan, hidangan mahasiswa kita perlu juga bersifat antarabangsa. maksud penulis di sini, sementara menunggu kuliah bermula di DKG, mahasiswa sepatutnya disorot dan dihidang dengan berita CNN dan al-jazeera.

bukan menafikan isu tempatan penting, tetapi dalam usaha menjadi mahasiswa yang glokal keperluan ke arah isu antarabangsa akan mematangkan kita. Penulis yakin dan percaya, melihat negara luar penting untuk mengubah persepsi dan minda mahasiswa kita tetapi berapa yang mampu kita bawa untuk melihat negara tersebut dengan kosyang tinggi.

Justeru, media berita antarabangsa perlu kita sajikan untuk memanfaatkan mahasiswa dengan perkara-perkara sebegini. Selain itu, perbincangan kami juga menyentuh persoalan isu bas yang menjadi tunjang utama perbincangan kami. Persoalan seperti mengapa apabila bas rugi dan belanja besar terpaksa dikeluarkan, mahasiswa UUM yang terpaksa menanggungnya. Cukuplah sekadar duit ptptn itu dibeli buku, yuran dan sebagainya.

Ya, penulis setuju sesiapa yang menaiki bas mereka juga perlu bayar untuk kemudahan tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan perkhidmatan internet dan komputer kita. Kita membayar RM72 berbanding RM42 untuk perkhidmatan bas (unlimited trip) sebelum diswastakan, kemudahan internet jarang-jarang sekali kita gunakan berbanding bas tetapi untungnya ???

Justeru, penulis mencadangkan seharusnya setiap kadar RM0.40 yang dinaiki pelajar perlu ditanggung kosnya RM0.10 oleh universiti. Tujuannya untuk mengurangkan kadar bayaran bas yang terpaksa ditanggung oleh mahasiswa.

Alternatif lain adalah, penulis mencadangkan semua kenderaan yang ingin dibawa perlulah percuma tanpa ada kadar RM100 atau RM200. Kita memahami dahulu, polisi universiti jelas kemudahan bas ada, maka mengapa perlu mahasiswa membawa kenderaan didalam universiti. Persoalannya, Apabila bas telah berbayar dimana mahasiswa 'terpaksa' menaikinya, apakah alternatif yang mahasiswa ada? Rasionalnya, dengan adanya alternatif ni sekurang-kurang nya mahasiswa UUm mempunyai pilihan menaiki bas, berjalan kaki atau menaiki motosikal atau kenderaan.

Selain itu, penulis secara peribadi bersetuju kampus kita perlu diwarnai dengan kepelbagaian corak dan suasana. Ya benar, kita telah meletakkan asas dimana pelajar yang kemas adalah dari UUM. Tetapi, mengapa tidak kita pelbagaikan pemakaian kita seperti hari Ahad memakai baju batik, isnin hingga selasa memakai pakaian formaldan khamis memakai pakaian separa formal.

Selagi mahasiswa UUM tampil kemas, kita akan diterima dimana-mana. Bayangkan zaman 60an, 70an, awal 80an pakaian mereka tidak kemas, berambut panjang dan tidak menunjukkan identiti mahasiswa. Tetapi kita melihat idea dan pemikiran mereka melampaui zaman ketika itu. Biarlah kita nampak kemas, smart dan berketrampilan seiring dengan idea yang bernas, akal yang sentiasa menghujah dan berfikir seperti mahasiswa.MALAYSIA memerlukan kita.

Comments

agak bengang ah admin UUM ckp cmtu. diorang ckp camtu, mcm ckp ngan cermin lak. sebelom diorang basoh kite(student2), diorang x muhasabah diri diorang sndri ke? admin UUM sndri ape kurangnye, sm gak. lembab, birokrasi, banyak alasan yg ntahapehape, autokratik, blablabla.
BOSAN!!

Bagus sebenarnya apa yang dicadangkan.... cume UUM ni atau mungkin badan kerajaan yang lain....saya melihat para kerja pihak atasan dan pihak sokongan universiti masih leka dan tidak serius di dalam melaksanakan tugas.. dan masih tidak jelas dengan tanggungjawab yang dipikul...

Walau tampok pemerintahan universiti mencadangkan itu dan ini.....saya merasakan pihak pekerja bawahan masih berada di pencapaian yang rendah.....

Mungkin mereka berasa dalam keadaan selesa (maklumlah pekerja kerajaan, susah nak kena buang kerja) bukan macam pekerja swasta yang terpaksa bersaing....

Tengok sahaja pejabat HEA dan HEP.... malu sangat...... dengan komitmen yang diberikan.......(Segelintir)


Begitu juga dengan halnya mnahasiswa UUM....sedih dan malu pun ada apabila pelajar UUm di perlekehkan.....

UNTUK PENGETAHUAN PENULIS, MENGIKUT PENGALAMAN SAYA SENDIRI, DI MENARA MAYBANK..... KECEWA DENGAN PENGURUSAN UUM WALAUPUN TERKENAL DENGAN UNIVERSITI PENGURUSAN....KERANA APE... SHOLAR2 DARI UUM SUSAH NAK DAPAT RESULT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UNTUK TUJUAN PENGURUSAN DI MAYBANK ...SEDANGKAN UNIVERSITI LAIN DAH LAME SELESAI...SAMPAIKAN PIHAK MAYBANK TERPAKSA KELUARKAN SURAT RASMI UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN.....

TAK CUKUP DENGAN ITU....ADA SESETENGAH JABATAN DI MAYBANK TIDAK MAHU MENGAMBIL PELAJAR DARI UUM....SEBAB MENGIKUT REKOD SEBELUM INI..MEREKA BEGITU LEMAH DALAM PENULISAN DAN KOMUNIKASI DALAM BAHASA INGGERISS....

MASALAH INI MASIH BERLARUTAN SAMPAI SEKARANG.....

Apa yang saya beritahu kepada penulis adalah pendapat dan pengalaman sedih dari saya apabila mendapat biasiswa Maybank.........

Walauapa pun saya tetap berasa bangga menjadi graduan UUM...yang penting...mahasiswa yang perlu berubah.....namun begitu Universiti juga perlu berubah seiring dengan peredaran dan tuntutan semasa..secara holistik....

W'salam

Salam,
Saya terpanggil utk memberi komen dlm blog ini apb sy mgalami sst yg saya harap dpt dikongsi bersama. Saya tidak gemar memberi komen sst yg saya tidak alami kerana itu bersifat bias dan tidak adil.
Bergelar graduan UUM merupakan suatu kebanggaan yg tidak berbelah bahagi buat diri saya. Ini tulus dari hati kecil saya. Saya byk "belajar" samada dr aspek akademik, pengalaman, situasi, masyarakat, persahabatan selama di sana.
Namun begitu, kita amat perlu akan "x-factor", "re-branding", "re-packaging" utk bersaing dgn graduan U yg melambak dlm pasaran. Kegagalan sedemikian akan meninggalkan kita jauh di belakang...... Senarionya,
1- Ketiadaan transkrip sementara setelah tamat pengajian di kala menanti skrol sebenar ijazah konvo.
Tanyalah pada mana2 graduan UUM, inilah antara FAKTOR penggangguran kerana ketiadaan transkrip tersebut.
Saya telah membuat permohonan ttp dimaklumkan tarikh permohonan telah ditutup dr pihak HEA. Saya tidak tahu bila makluman dibuat kerana sepanjang 2 bulan tiada sebarang pemberitahuan dibuat dlm E-WEB. Saya bernasib baik ditawarkan peluang pekerjaan sewaktu praktikum TETAPI bayangkan rakan-rakan kita yg lain terpaksa berhempas pulas memohon pekerjaaan tanpa sebarang pengesahan tamat pengajian..... fikirkanlah???
2- Nama graduan kita jarang meniti di bibir masyarakat krn kita terletak di pelusuk pedalaman utara tanahair. Justeru, kejayaan, kecemerlangan, kebolehan, kemampuan, aktiviti warga UUM PERLU di uar-uarkan dgn AMAT giat. Di sini terletaknya BRAND MANAGEMENT. Jgn kita tenggelam dgn gahnya cerita-cerita warga Uitm, UPM,UM UKM mahupun MMU, Lim KoK Wing dll kerana kita warga UUM sememangnya tidak ada cacat celanya malah jauh memiliki potensi dan kehebatan berbanding yg lain krn kita dibentuk berasaskan universiti pengurusan..... Artikel anda yg disiarkan di akhbar adalah langkah yg wajar dicontohi. Beri galakan, inspirasi dan harapan agar lebih ramai warga UUM mencipta nama dan jenama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Gunakan media masa dalaman yg ada dibwh PRO UUM spt akhbar UTARA, Radio Uniutama.fm dgn sepenuhnya serta penggemblengan daya fikir dan tenaga setiap persatuan, kelab2, kolej2, fakulti2 utk melaksanakan penjenamaaan UUM ini.

gejala cople and dating merata2 tempat...suasana ni best jg ntk di ubah..sakit mata aku tengok....mak ayah kt umah kata anak aku masuk u, anak2 kt u pulak pi sibuk cari laki and bini..... dunia sesingkat ini, kejarlah redha ILAHI, redha yang HAKIKI

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .